JOM SIMPAN EMAS


1. Emas Penyimpan Nilai

Emas adalah penyimpan nilai yang baik, contoh, anda tukar wang kertas kepada emas dalam sejumlah 5 gram gold bar tahun 2024.

Apa akan jadi dengan 5 gram tersebut selepas 10 tahun akan datang? Ya ia masih kekal 5 gram. Tapi harga emas pasti akan meningkat.

Harga emas 5 gram hari ini (RM380 x 5) adalah RM 1,900 dan bayangkan berapa harga emas selepas 10 tahun?

Adakah anda masih boleh beli emas 5 gram dengan jumlah duit yang sama selepas 10 tahun?

Susah nak jawab soalan ini sebab belum berlaku tetapi apabila kita lihat ‘trend’ harga emas, kita boleh jangkakan apa akan berlaku 10 tahun dari sekarang.

2. Emas Rawat Kebocoran Duit

Bagi anda yang sukar nak buat simpanan kerana boros berbelanja, boleh tukarkan sebahagian simpanan wang kepada emas.

Bila ada emas fizikal tidak mudah untuk berbelanja sebab perlu tukar emas fizikal kepada wang tunai. Secara tidak langsung, dengan menyimpan emas anda boleh elak kebocoran wang.

Jika anda simpan wang di dalam bank, ia mudah habis  kerana kemudahan memindahkan duit di atas talian.

3. Emas Ada Nilai Sendiri

Emas tidak perlu diperakui kerana ia boleh berdiri sendiri. Tidak seperti wang kertas perlu diperakui oleh kerajaan sesebuah negara sah diperakui untuk transaksi.

Emas tidak dikira matawang di dalam sistem kewangan. Wang kertas yang digunakan untuk transaksi. Hari ini matawang sudah beransur-ansur beralih kepada wang bentuk digital dan kita melihat nombor-nombor tersebut bertambah dan berkurangan.

Tetapi emas, kita melihat aset fizikal dengan beratnya yang diketahui nilainya.

4. Emas Kekalkan Kekayaan

Bila simpan emas, kekayaan kekal Bersama kita selagi mana pegang emas tersebut.

Jika berlaku kecemasan, emas boleh dicairkan ke bentuk wang tunai. Sebagai contoh kita simpan 5 gram emas GB GOLD berharganya RM 1,900.

RM 1,900 jika dalam bentuk tunai bertempat di dalam dompet ada kemungkinan tidak kekal lama. Tetapi menyimpan emas dapat mendisiplinkan kita.

5. Emas Boleh Dipajak

Emas sangat istimewa kerana ia juga boleh dipajak bagi mendapatkan wang. Emas boleh dipajak di mana-mana Ar-Rahnu untuk mendapatkan pinjaman.

Selalunya, tempoh pinjaman selama enam bulan dan boleh ditambah kepada enam bulan. Ia ada kemudahan pada saat-saat kecemasan dan keperluan menggunakan wang tunai segera.

Kadar pinjaman yang diberikan sebagai contoh 70% dari nilai semasa dengan kadar upah 1% daripada nilai semasa.

Banyak betul kelebihan simpanan emas ni, jadi mulakan simpanan emas anda sekarang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda!

Nak Danish bantu?

Boleh whatsapp Danish sekarang